Malaysia Colleges, University, Private University Colleges

 
  Home  |  Colleges  |  Universities  |  Undergraduate  |  Postgraduate  |  Scholarships  |  Study Abroad  |  Skills Training Guide  |  Career Guide
Malaysia College and University
Malaysia Degree, Diploma, Certificate, Masters, English Course
 


Permohonan Penjawat Awam Kerajaan

 
 

 

 

 

PENDAFTARAN PERMOHONAN
Pemohon boleh memohon maksimum lima (5) jawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Online (SPA8i) melalui Portal SPA. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal SPA di Bahagian 'Maklumat Jawatan (Deksripsi Tugas/Gaji Permulaan)'. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer SPA. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.
 

JAWATAN
Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM dan SPM.

Urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan kelayakan SRP/PMR dan ke bawah telah diwakilkan kuasa oleh SPA kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan berkenaan. Kementerian/Jabatan tersebut akan mengiklankan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah berhubung terus dengan Kementerian/Jabatan berkenaan apabila iklan dikeluarkan.

Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh SPA. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.

Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan.

Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah tidak lebih daripada lapan minggu daripada tarikh SPA menerima permohonan pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian berkenaan.

Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Borang Permohonan Online SPA8i yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my
 

KEKOSONGAN JAWATAN
Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada SPA untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada SPA. SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan SPA. Sebagai contoh sekiranya SPA menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan SPA sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.

Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.

Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.

Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.
 

UJIAN
Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu , skim perkhidmatan mensyaratkan calon lulus ujian khas yang ditadbir oleh SPA. terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitu kognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal.

Calon-calon yang lulus ujian khas akan dipanggil temu duga. Bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus ujian disyaratkan lulus tapisan di 'Assesment Centre' sebelum dipanggil temu duga.
 

TEMUDUGA
Calon-calon yang berjaya melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga oleh SPA. Pusat temu duga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan juga beberapa pusat temu duga kecil serta ibu negeri di Sabah dan Sarawak. Calon-calon akan dipanggil temu duga seberapa boleh di pusat temu duga yang dipilih atau yang berhampiran. Bagi membantu Lembaga Temu Duga, Suruhanjaya biasanya akan menjemput wakil dari Kementerian/Jabatan bersama Suruhanjaya mengendalikan temu duga. Ahli Suruhanjaya yang menjadi penemu duga terdiri dari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran, Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan, Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya. Kesemua penemu duga adalah mahir dalam mengendalikan temu duga berdasarkan pengalaman mereka di sektor awam.


TIPS UNTUK CALON
1) Mengetahui profil jawatan yang ditemu duga
2) Pengetahuan berkaitan isu semasa
3) Membawa maklumat asas seperti ijazah dan sijil asal serta kenyataan perkhidmatan bagi calon yang sedang berkhidmat dan KPSL
4) Datang awal

 

 
     
  International Students   Students Corner   Study Abroad   About Mycollege Portal    
 
Studying in Malaysia  
Cost of Living  
Entering Malaysia  
   
   
   
National Education Spotlight  
Events  
School Holidays  
   
   
   
Student Placement Agency  
Studying in UK  
Studying in Australia  
Study Medicine  
   
   
About us  
Advertise with us  
Press Release  
Terms of Use  
Disclaimer  
All Rights Reserved